Nak Sewa PA System utk MAJLIS?

Harga mengikut lokasi (siang sahaja):

* Kubang Pasu, Kota Setar & Pendang : RM400.00
* Perlis, Changlun & Pedu : RM500.00
* Sungai Petani, Kulim & Sik : RM600.00
* Baling & Seberang Prai : RM700.00


NOTA: Sila buat TEMPAHAN sebulan dari tarikh MAJLIS yang bakal berlangsung...



Perkhidmatan lain yang kami sediakan..

* Pengacara Majlis - DJROSLI
* Set Karaoke
* Penghibur - EZAD LAZIM & ALONG ZAIMI
* Typesetting: Kad Kahwin, Name Card & Banner

Berminat? Sila berhubung dengan kami..

Zimile Enterprise : 0125652774 / 0125863762

10.6.09

KAMI ANAK SENI

~ SALAM SEMUA ~

Sekarang MaMa nak cerita lagi tentang persamaan kami 4 beradik. So, kalau rajin.. u all baca jer cerita yg tak serupa cerita kat bawah ni... Kalau tak faham, buat2 faham jer lah yer!!!

MaMa & adik2 di dedahkan dengan SENI MUZIK sejak usia baby, my Abah merupakan Artis Budaya Kedah (pemain akordion).. So, since kecik mmg kami selalu ikut Abah utk show @ festival kesenian di dalam negeri & juga luar negeri Kedah.. Bila meningkat usia kanak2 ke remaja, MaMa & adik2 di beri peluang untuk menonjolkan BAKAT yg ada dlm diri masing2..

MaMa & Ezad (Exists) lebih cenderung ke arah Nyanyian.
Emah
& Ejai pulak lebih cenderung ke arah seni Drama & Tarian



My Mak merupakan tulang belakang perjalanan SENI kami sekeluarga, walaupun Mak bukan dari golongan SENI, tapi MAK amat memahami jiwa kami & Mak telah banyak menahan telinga mendengar cakap2 sumbang orang ramai tentang pembabitan kami dlm bidang seni ini. Ternyata Mak tidak melatah dengan cakap2 orang, itu yg amat kami hargai.. Trima kasih Mak!!


dari kanan: My Abah, Dj Rosli & JA

Jodoh kami juga mungkin dah diTAKDIRkan dengan Insan berJIWA seperti kami.. MaMa bertemu jodoh dengan DJ Rosli (penyanyi & pemuzik sambilan) & Emah pula bertemu jodoh dengan JA iaitu Pemuzik dari Orkestra Kedah Darul Aman ketika itu.

Hingga kini, famili kami masih bergiat AKTIF dlm, bidang SENI ini..


My Abah & DJ Rosli lebih cenderung menjadi DeeJay Majlis & masih bermain Muzik secara sambilan.


MaMa menguruskan aktiviti seni Along Zaimi & anak2 lain kat umah laaa...kadang2 jadi DJ bidan terjun.. hihik


Emah sudah berkhidmat di Taman Budaya Kedah sejak 1995 sbg Artis Budaya.
Suami Emah, JA masih bermain Muzik sepenuh masa.


Ezad Lazim pernah menganggotai Exists ketika berusia 16 tahun (1995) dan kini dalam proses mengeluarkan Album Solo.


Ejai semasa hari Graduasi (UiTM Shah Alam)

Ejai semasa menjadi teraju utama Teater Rakyat Mek Mulong

Ejai baru graduate & kini mengikut jejak langkah Emah di Taman Budaya Kedah.


Yang ni lak cerita BONUS, bukan my Siblings yaa... hehehehe...

Tentang Along Zaimi pula. MaMa & DJ Rosli tidak pernah memaksa dia utk menjadi seperti apa yg anda lihat sekarang.. Tapi sejak usia baby, Along Zaimi telah menunjukkan BAKAT yg sangat MENAKJUBKAN famili, jiran2 & kenalan rapat kami. Dia memang boleh menyanyi secara semulajadi tanpa tunjuk ajar dari kami. Siapalah kami untuk menidakkan Anugerah dari Allah kepada Along Zaimi.

Kenangan: Poster Konsert Palestin yg disertai Ezad Lazim & Along Zaimi

(BAKAT seperti Along masih belum kami nampak pada Angah, Achik & Achu @ mungkin juga adik2 nya kurang berbakat.. jadi kami tak akan memaksa adik2 Along utk menjadi seperti Along kerana SENI tanpa BAKAT tak ada NILAInya.. tapi tak tau lah pula kalau bakat tu timbul bila dewasa nanti.. Itu biar MASA yg menentukan).

Kami membawa Along Zaimi menyertai ujibakat Studio Bintang Kecil TV9 (2007) hanya utk suka-suka dan bukan utk bermegah-megah. Juga sekadar ingin mendengar pendapat Insan Seni yang lebih bertauliah (Jay Jay & Allahyarham Loloq) terhadap bakat anak kami. Tapi ternyata, MEREKA juga kagum. Kami bersyukur kerana sekurang-kurang nya kami tidak SYOK SENDIRI tentang BAKAT anak kami. Jadi di sini lah TUGAS kami untuk menyalurkan BAKAT tersebut ke arah yang POSITIF!! InsyaAllah!!

Pengenalan

Meskipun ada juga suara2 negatif yg kedengaran ttg apa yang kami kecapi & harungi sekarang, namun kami tidak berkecil hati kerana kami tak mungkin akan dapat memuaskan hati semua orang!!


MySpace

** Kami juga manusia biasa yg tidak lepas dari salah & silap seperti anda semua **

34 ulasan:

Ivy Metaga berkata...

wah best nya...
hurmm..pedulik apa org kata, yg penting janji hati senang kan mama..=)

IeDa berkata...

Masa study kat Twintech dulukan mama..ieda dok satu apartment ngan adik mama tu..Ezad..Kat Wangsa Permai...Saujana permai ker apa ntah..x ingat lak nama apartment tue..dia tingkat 11 ieda lak tingkat 13..selalu kalau ieda nk dgr diorg jamming..duduk jer kat balkony sure leh dgr ezad nyanyi..masa bulan puasa lak..selalu buka puasa kat tempat yg sama..kebetulan kot..Kat Restoran Mayana..Tmn Ehsan..Ezad still lg ker dok kat situ mama??

kakyong berkata...

oooo...
mama ni kakak pada ezad exist tu yer... fuhhh, best plak rasa dpt kenal dgn org glam.. kehkehkeh...
hmm.. satu famili org seni.. dah dari kecik.. bukan lah sajer2 nak gedik kan...
pedulikan apa org kata, bukan depa yg bg kita makan.. kita pun tak meminta kan Mama...
semoga Along zaimi terus berjaya... mcm uncle2 dia gak...

neezareef berkata...

mmg keluarga seni

ezad adik mama ke upenye....

MariaFaizal berkata...

MaMa,
Kita patut appreciate bakat yg Allah berikan & guna kan sepenuhnya (terutama ke jalan kebaikan).

I believe bakat seni ni hereditary. This has been proven a long time ago, where jika ahli keluarga terdekat ,esp parents memang berkecimpung dlm bidang seni, biasanya anak2 pun akan ada bakat tersendiri dlm bidang yg sama.

So unfortunate that my families tak de yg active bidang seni, so memang x nampak siapa2 lagi yg menyerlah(setakat karaoke sesama sendiri, hehe..)

Didoakan agar MaMa & families sentiasa happy dan dirahmati.I'm so proud of you guys!

niza berkata...

mama..kem slm ngn ezad ye...kuikui...

MamaVogue berkata...

Bagusnya...semua ada bakat seni.

SYAbAR berkata...

Ketengah bakat yang mereka ada jika punya peluang.

Akak sejak kecil dah nampakbakat seperti Along Zaimi, kalau betul2 diberi galakan rasanya mungkin dah jd artis kot.

Walaupun tak jd artis, but until now, bakatku sentiasa digunakan di dalam majlis2 rasmi terutama PERKEP. Singer tetap kau.

Sejarah tercipta bila akak dapat buat live performance untuk Perdana Menteri Msia di bawah bimbingan Combo Petronas

Tirana berkata...

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...hehehe..

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Ivy:

Mg kdg2 mama pun cakap camtu, pedulikan ler...

Tapi.. kdg2 pendapat org juga boleh di jadikan iktibar utk kita kan?

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Ieda:

Ezad masih tinggal di Saujana Permai.. Budak2 Exists jer dah pindah randah sbb dah kawin.. lagipun dorang kan dah berpecah...

Oooo... penah tggal satu building ngan Ezad lah yer... :P

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Kak Yong:

Glamer? Tak der laa... MaMa pun cam org lain gak, Ezad & Along jer yg glamer... huhu!! Kita cuma kena tempias jaa.... :P

Terima kasih kerana memahami 'situasi' kami ya... :D

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Neezareef:

Yer Ieda... Ezad adik kandung mama.. :P

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Maria:

Tak semua org memahami keadaan kami. Terima kasih kerana Maria bersikap terbuka ttg perkara ni...

MaMa penah berjumpa golongan yg ignore kehadiran Ezad @ Along hanya disbbkan takut anak dorang jadi cam Ezad @ Along... mmg kelakar... sakit ati pun ada...

Itu asam garam hidup yg perlu kami rasa... :D

p/s: Bila nak BERKARAOKE bersama ni??? :P

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Niza:

hehehe... InsyaAllah... Nanti MaMa suruh dia buka baca BLOG ni... :D

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

MaMaVogue:

Mama & Ezad penah berjumpa ngan your Hubby semasa pementasan Teater arahan Pak Morad dari Kedah. Dorang buat kat building depan Dataran Merdeka tu (MAAF... MaMa buta jalan :P)..

Dia penah ambik number fon Ezad..

Raja Azri such a nice guy & very talented!!

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Waaa... KaK Syabar:

Ni Anak SENI juga ni... Jom aaa kita BerKARAOKE bersama... Ni mesti suara bak Kak Pah Aini ni...

MaMa time kecik2 dulu pun penah Verangan nak rakamkan suara, tapi terKAHWIN awal... hahaha..

At least Ezad & Along ada utk langsaikan 'hutang' itu... hehehe!!

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Tirana:

betul tu kak Tirana... Thanks ya!!!

atty's berkata...

salam ita.baru kini kty tau..
rupanya family ita berdarah seni..
nasib le ita citer..bagus ar..semoga along zaimi terus berjaya dlm bidang yg diceburi amin

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Atty:

Skrg dah tahu ek? hehehe...

Thanks sbb memahami.... :D

TiNiE berkata...

ghalit tgk klip along tu..
baru ni dan tgk abis2...

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Tinie:

Ya ka..? Ten Q ek 4 be so supportive...

NuR berkata...

aa.. ini mama along bintang kecil tu ke? uii..nur dulu kemain lagi minat tgk bdk2 ni nyanyi.. seriously lg sedap dari bdk2 AF.

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Nur:

Ye ker bagus dari dak AF? Mungkin sbb belum Mactured.. Kita tggu lak hasilnya camne bila budak2 ni meningkat dewasa...

Hopefully dorang leh maintain kan?

~Cinta Cukulet~ berkata...

keluarga seni rupanya mama nih..saya pun minat seni jugak tapi takde bakat hehehee

amirul berkata...

Salam MaMa,
Bakat tu kan kurniaan Tuhan? Lantak pi lah org nak cakap apepun... manusia ni kan berbagai... janji ape yg kita buat tak menyimpang... semoga keluarga seni ini bertambah maju di masa hadapan... :)

Dj Epoi berkata...

Salam Ma.....

Setinngi2 tAHNIAH DIATAS aNUGERAH yang Tuhan Berikan.......

Kalau tak ada kita...sapa lagi yang nak teruskan kerja2 seni nih Ma?

Pedulikan mulut Longkang itu!!!!

Memang Gua respek ngn seluruh keluarga Mama....

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

~Cinta Cukulet~:

CC pun pandai juga... pandai berkarya... leh jadi novelis @ cerpenis nih... MaMa suka baca semua yg CC tulis..

Dun Give UP tau!!

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Salam Amirul:

Thanks 4 d support!! :D

InsyaAllah we will never Give Up!!

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

DJ Epoi:

betoi tu... tanpa org cam kita, kenduri kawin tak akan meriah kan?

DJ Epoi pun DASHYAT jugak pa!!!

:P Thanks atas sokongan anda!!

Dee berkata...

wah mama..dari keluarga seni rupanya..apa2 pun mama..kita akan buat yg terbaik utk family kitakan..

apa saja minat anak2..kitalah pendorong mereka..menyokong mereka..harap mama teruskan usaha ini..btw..x sangka ezad tu adik mama..

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Dee:

Thanks ye kerana memahami jiwa kami..
MaMa mmg support apa jua minat anak2 MaMa.. Asalkan ke arah yg positif!!

Tak sangka ke ttg Ezad tu? Sangka jer...mmg betul pun... hihik!!

CuTeMiUt78 berkata...

wah.. bagus la kan.. semuanya meminati seni.. pedulik apa yg org kata.. yg penting mama tak ganggu mereka... dan mama serta family happy together

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

CuteMiut:

Betoi tu ... yg PENTING kami HAPPY.. hehehehe..

My BeautyFull Followers