Nak Sewa PA System utk MAJLIS?

Harga mengikut lokasi (siang sahaja):

* Kubang Pasu, Kota Setar & Pendang : RM400.00
* Perlis, Changlun & Pedu : RM500.00
* Sungai Petani, Kulim & Sik : RM600.00
* Baling & Seberang Prai : RM700.00


NOTA: Sila buat TEMPAHAN sebulan dari tarikh MAJLIS yang bakal berlangsung...



Perkhidmatan lain yang kami sediakan..

* Pengacara Majlis - DJROSLI
* Set Karaoke
* Penghibur - EZAD LAZIM & ALONG ZAIMI
* Typesetting: Kad Kahwin, Name Card & Banner

Berminat? Sila berhubung dengan kami..

Zimile Enterprise : 0125652774 / 0125863762

10.7.09

KENALI ANAK DARI ZODIAK

Aquarius (20 Januari-18 Februari)

Bersiap sedialah untuk terpesona dengan si kecil Aquarius. Mereka spontan namun sensitif. Suka bermimpi dan akan berusaha menjadikannya kenyataan. Mudah didampingi dan agak popular. Mereka juga merupakan teman yang baik dan ringan tulang.

Dunia Aquarius penuh dengan peraturan. Semua perkara harus mengikut jadual @ rutin yang dah diatur olehnya. Mudah hilang fokus, kerana terlalu banyak idea yang ingin di kongsi bersama semua orang. Pendek kata, Aquarius merupakan anak yang luar biasa dengan segudang kebijaksanaan.

***************************************************************

Pisces (19 Februari-20 Mac)

Dunia Pisces adalah dunia yang penuh imaginasi. Penting memberikan anak Pisces ruangan untuk melempiaskan semua imaginasi yang ada. Muzik, puisi, lukisan atau yang lainnya yang boleh dijadikan alat berekspresi.

Si kecil juga memiliki bakat-bakat terpendam yang boleh mengejutkan Anda. Memiliki gerak hati yang kuat. Tidak akan melakukan hal-hal ekstrem untuk menarik perhatian. Sebaliknya menebarkan ketenangan dan kedamaian. Tertarik pada seni dan kreativiti yang memerlukan sokongan dan dorongan dari anda orang tuanya.

***************************************************************

Aries (21 Mac-19 April)

Sekali melakukan sesuatu, dia akan selalu mengingatinya seumur hidup. Ini membuatkan si kecil Aries mampu melakukan banyak perkara lebih cepat dari bayi-bayi lain sebayanya. Keinginan yang kuat untuk melakukan segalanya akan membuatkannya menjadi seorang yang berjaya dalam segala hal.

Si kecil Aries juga memiliki mimpi yang besar dan akan berusaha utntuk memilikinya. Inilah Aries! Memerlukan dorongan dan sentiasa ingin merasa disayangi. Memiliki hati yang lembut di balik penampilannya yang keras. Mudah bergaul dan kreatif namun mudah goyah.

***************************************************************

Taurus (20 April-20 Mei)

Anak Taurus sentiasa menginginkan cinta dan akan mencurahkannya kepada orang yang disayangi. Dilahirkan bukan untuk menjadi pemberontak atau pun pembawa masalah sebaliknya menjadi seorang yang amat berkompromi dan berkemampuan dalam segala bidang termasuk pelajaran di sekolah.

Si kecil juga cenderung menjadi seorang yang keras kepala. Jadi hindari dari memaksanya untuk melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Jangan terlalu tegas. Gunakanlah cara-cara yang halus supaya apa jua yang Anda katakan akan dituruti & dipatuhi. Si Kecil Taurus akan menjadi anak manis bagi kedua orangtuanya.

***************************************************************

Gemini (21 Mei-21 Jun)

Anak Gemini penuh dengan sifat ingin tahu yang kuat. Tidak akan boleh duduk diam walau pun dalam tempoh lima minit. Mereka memang tidak boleh berdiam diri.

Kesabaran bukanlah kekuatannya. Suka mencuba perkara baru. Aktif dan pintar. Bijak bergaul dan bijak dalam prestasi. Pintar berkata-kata dan lucu. Anak-anak Gemini kadang-kadang suka mencampuradukkan antara imaginasi dan kenyataan.

***************************************************************

Cancer (22 Jun-22 Julai)

Si kecil Cancer memiliki jiwa humor dan luas imaginasinya. Mampu membuat orang tertawa dan terhibur. Suka mengamati, memiliki sifat baik hati dan suka menolong orang lain. Kebaikan hatinya akan ditunjukkan kepada semua orang termasuk haiwan. Sifat pemalu membuatkan mereka sukar untuk mengungkapkan perasan. Mereka inginkan perhatian dan kasih sayang namun tak pernah mengungkapkannya.

Kedua orangtuanya harus mengetahui sendiri bila masanya anak Cancer memerlukan pelukan atau ciuman. Tetapi harus berhati-hati, jangan berlebihan sehingga membuatkan mereka menjadi terlalu manja.

***************************************************************

Leo (23 Julai-22 Ogos)

Anak yang lahir di bawah zodiak Leo hidupnya senantiasa dipenuhi dengan kasih sayang. Memerlukan pujian untuk membuatnya semakin bersemangat melakukan sesuatu. Sedikit ketegasan juga akan membuatnya patuh pada aturan.

Mempunyai jiwa pemimpin sejak lahiriah. Karakter ini perlu dikembangkan dengan memberi dorongan dan semangat. Kepimpinannya bertepatan dengan kombinasi karakter yang telah mereka miliki aitu: semangat, kebanggaan dan keberanian. Anak Leo bijak menyembunyikan perasaan sedihnya dari orang lain. Pesona Leo mampu membuatkan orang memujanya.

***************************************************************

Virgo (23 Ogos-22 September)

Pendiam, rendah hati dan kelembutan tercermin dari si kecil Virgo. Perhatian dan kasih sayang orang lain sangat diperlukan walaupun mereka tidak pernah memintanya secara langsung.

Selalu dapat melakukan sesuatu dengan sempurna kerana selalu fokus dan tetap pendirian. Sukakan alam sekitar. Sensitif terhadap kritikan. Sikap positif amat diperlukan untuk meyakinkannya. Ramah, setia dan sifatnya baik. Kematangan sentiasa terpancar di balik usianya yang masih belia.

***************************************************************

Libra (23 September-22 Oktober)

Si kecil Libra selalunya lucu. Pendiam dan jarang bersedih kecuali terganggu. Mengambil berat tentang orang lain, dapat dipercayai, lembut, setia, penuh cinta, cemerlang, menarik, suka seni dan kecantikan.

Sifatnya negatifnya adalah jiwa yang tidak menentu. Jiwanya berubah-ubah bagaikan ombak di pantai. Sikapnya cepat berubah jika hatinya tidak senang. Libra juga susah membuat keputusan jika di bawah tekanan.

***************************************************************

Scorpio (23 Oktober-21 November)

Secara fizik si kecil Scorpio lebih kuat dan lebih cepat berkembang dari anak-anak lain. Teguh pendiriannya dan selalu bertujuan untuk menang dalam setiap hal. Memiliki daya tarikan yang kuat, yang membuatkan orang ingin selalu ada di dekatnya.

Scorpio akan membesar dengan keperibadian yang dinamik, aktif, kuat semangat dan jujur.

***************************************************************

Sagitarius (22 November-21 Desember)

Ceria, ramah dan nakal adalah deskripsi bagi si kecil Sagitarius. Sangat lucu dan tidak malu-malu menonjolkan kebodohannya (lawak bodoh) untuk menceriakan suasana. Mudah di dekati kerana kelucuannya.

Ingin selalu ditemani termasuk untuk tidur. Jangan terkejut, si kecil Sagitarius boleh mengesan pembohongan. Memiliki sensitiviti yang amat tinggi. Sekali dibohongi, anda akan kehilangan kepercayaannya. Si kecil Sagitarius juga mampu mengimbangi antara berdikari & bergantung harap pada orang lain.

***************************************************************

Capricorn (22 Disember-19 Januari)

Kekuatan dan aura positif selalu terpancar dari si kecil Capricorn. Bahkan sejak usia bayi ia mampu menunjukkan kedewasaan dan pengertian yang akan mengejutkan Anda. Dia juga mungkin akan memandang Anda dengan aneh seolah-olah ada yang salah ketika anda berbicara dengannya. Capricorn juga mudah merasa jemu.

Sangat tertarik pada seni terutama muzik. Lebih tertarik pada permainan kuno daripada permainan moden. Karakter yang menonjol dari Capricorn ini adalah sabar, penyinta, mudah bergaul, rendah hati dan sopan.


sumber rujukan : GOOGLE

MySpace

HMMM... ADA KOMEN!!!?????

** MaMa suka-suka jer baca HOROSKOP ni, tapi tah ler.. macam ada kebetulan @ persamaan jer **

30 ulasan:

Ivy Metaga berkata...

mama sy baby scorphio hahahahaha...

Neeza.Areef berkata...

my doter n son both cancer..wah x ley peluk cium salu nnti manja ya..

ibu_umairah berkata...

umairah bulan 2 aquarius..mcm sama jer!!!

kuIna berkata...

nice info tp sy zodiak sndiri pn tak pernah tengaok tambah utk anak2.. hehehe

Idalara berkata...

mama..anak kedua ida pisces..betul sgt..dan yg bungsu scorpio..lagi betul..bukan percaya sgt tapi mng kena betul dgn peribadi diaorg..

~ Lady ell ~ berkata...

mcm kebetulan ank yg lahir bulan saggi.. tp dahsyat tu ank bulan gemini...mesti tk trkejar ekk.

Unknown berkata...

hahah.. anak2 ku kecil lagi, belum terserlah personalitinya..

lagipun kakyong x gitu follow sgt bab2 horoskop nih... hahahahh..

echah_syed berkata...

pesona LEO mampu membuat org memujanyer.. itu combi ke??

hehehe..nak prasan kjap :)

lalalla :D

Eta LaZiM berkata...

IVY:

Patut aaa CREATIVE.. memng ramai my SCORPIO frenz yg kreatif cam IVY..

bukan kebetulan.. mmg dah terbukti tau!!

Eta LaZiM berkata...

neezareef:

jgn sampai tak peluk cium langsung dah laa.... hahahahaha

p/s: Cancer ni SETIA pada famili tau!!!

Eta LaZiM berkata...

ibu_umairah:

tu aa... Angah anak mama yg Aquarius ni pun cam tu lah.. RINGAN TULANG... pastu ada LAW dia yg kita kena faham sendiri...

p/s: Erra Fazira pun Aquarius!!!

Eta LaZiM berkata...

kuIna:

MaMa suka suki jer baca Zodiak nih... hehehehe...

tapi cam best jer..

Eta LaZiM berkata...

Kak Idalara:

Kan? Kan? Kan? macam kena jer ngan karekter anak kita @ kita sendiri ?

p/s: Pisces ROMANTIK gitu...

Eta LaZiM berkata...

LadyEll:

Anak Ell Saggi ek? MaMaQayPo pun Saggi jugak... hehehehe..

Gemini mmg meletihkan.. tengok jer si Achu tu.. tak tau dok diam..

p/s: cam betul jer bab lawak bodoh tu padaku.. :P

Eta LaZiM berkata...

KakYong:

Juz for FUN!! Tak leh caya 100%... heheheheeh....

p/s: kak yong nyer Zodiak apa?

Eta LaZiM berkata...

kak Chombi:

Mmg betoi lah tu... ada AURA & PESONA yg tak mampu di sangkallagi... hehehehehehe..

p/s: GOOD Leader lah ni yer!!

SYAbAR berkata...

sorang anak mama kongsi zodiak yg sama dgn anak saya, sorang lg sama dgn suami saya.

Cantik skin baru blog. Lebih menarik kalau boleh letak pokok padi kan mama!!!!

Unknown berkata...

sy babi gemini...mmg suke berimajinasi...hiksss...

ALoNa CintamaniszLite berkata...

Hmm..kebanyakannya mcm 'kena' ngan 3-3 org anak ku itu, yihah!

Leh tgk utk org dewasa gak ke?? wakaka

Eta LaZiM berkata...

KaK SyaBar:

ye ke kak? yg mana satu yg kongsi tu? Kak Syabar ni PISCES kan? hmm.. mmg kena ngan karekter akak... hehe..

p/s: klau ada SKIN bertemakan MALAYSIA.. nak juga tukar.. hehe

Eta LaZiM berkata...

JM:

Oppss... silap taip lah tu.. (Mama faham..)

Gemini ek? cam Achu Fizie.. ni mesti tak reti dok diam nih... hahahaha

Dj Epoi berkata...

Ini Gua.......HEheheeheeh

Taurus (20 April-20 Mei)

Anak Taurus sentiasa menginginkan cinta dan akan mencurahkannya kepada orang yang disayangi. Dilahirkan bukan untuk menjadi pemberontak atau pun pembawa masalah sebaliknya menjadi seorang yang amat berkompromi dan berkemampuan dalam segala bidang termasuk pelajaran di sekolah.

Si kecil juga cenderung menjadi seorang yang keras kepala. Jadi hindari dari memaksanya untuk melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Jangan terlalu tegas. Gunakanlah cara-cara yang halus supaya apa jua yang Anda katakan akan dituruti & dipatuhi. Si Kecil Taurus akan menjadi anak manis bagi kedua orangtuanya.

Lama tak berupdate?

Eta LaZiM berkata...

CintaManis:

Ada "KENA" ker ? huhuhuh

Zodiak ni sama jer... anak ke , dewasa ke.. kita dulu penah jadi anak2 juga kan?

Eta LaZiM berkata...

EPOI Taurus ek?

ni mesti DEGIL jugak ni kan??

Tapi TAURUS mmg rajin buat kerja.. suka pada benda2 cantik & berkualiti.. mcm salah sorang dari adik MaMa yg Taurus tu... hehehe

ummuabdullahsyaakir berkata...

Kalau say byk buat rujkn dari kajian Dr Fadzilah kamsah.Klau horoskop ni saya tak reti sangat nak tengok.
Apapun saya dan hubby si taurus ^_^

Eta LaZiM berkata...

ummuabdullahsyakir:

TAURUS yer!!

Kuat Semangat nih.. hehehehe

CuTeMiUt78 berkata...

eemmm.. mirul in taurus.. insyallah mudah2an.. begitu la kot.. :D

Eta LaZiM berkata...

CuteMiut:

Ramai nyer Taurus kat sini.. hehehe!!

Wan Anis Sorfina berkata...

Najlaa bby Saggitarius ~ adalah sikit kesamaan.. semalam dia bawak buku yg dah koyak tu, tunjuk gambar2 yg ada kat situ, lps tu tunjuk gambar KNIFE, ibu cakap KNIFE dia marah pulak! Rupe2nya Abi dia ajar dia PISAU! Whoaaaa ~ mungkin dia ingat ibu tipu dia gamaknya!

Eta LaZiM berkata...

Wan:

Najlaa Saggi ek?

Mcm MaMaQayPo laahh... ngeh3x

My BeautyFull Followers