Nak Sewa PA System utk MAJLIS?

Harga mengikut lokasi (siang sahaja):

* Kubang Pasu, Kota Setar & Pendang : RM400.00
* Perlis, Changlun & Pedu : RM500.00
* Sungai Petani, Kulim & Sik : RM600.00
* Baling & Seberang Prai : RM700.00


NOTA: Sila buat TEMPAHAN sebulan dari tarikh MAJLIS yang bakal berlangsung...



Perkhidmatan lain yang kami sediakan..

* Pengacara Majlis - DJROSLI
* Set Karaoke
* Penghibur - EZAD LAZIM & ALONG ZAIMI
* Typesetting: Kad Kahwin, Name Card & Banner

Berminat? Sila berhubung dengan kami..

Zimile Enterprise : 0125652774 / 0125863762

29.7.09

TOLONG!! DAH KETAGIH NI...




Sejak 1 minggu lepas, buka PC jer... ni lah yg MaMa ONLINE kan dulu... Dah tu pulak melarat sampai ke tengah malam...

KETAGIH siot.. Tak tahu nak EXPLAIN kan camna kat u all...


MySpace

TOLONG!! TOLONG!! TOLONG!!

......Camna nak HILANGKAN KETAGIHAN ini......

p/s: Semua Program tu kat FaceBook!!!

27.7.09

23.7.09

WANITA & KEPUTIHAN


Anda Wanita pernah tak mengalami keputihan yang berlebihan sehingga menyebabkan kegatalan pada alat kelamin?

Kalau pernah, apa PETUA TRADISIONAL @ CARA MODEN yang Anda amalkan supaya pulih? Kongsi-kongsi lah ngan MaMaQayPo sama.. mungkin ramai yang di luar sana mengalami masalah sebegini dan sedang mencari jalan penyelesaian alternatif sebelum berjumpa Pakar Sakit Puan.

MaMa pun selalu mengalami masalah begini 2/3 tahun sekali. Sedikit merimaskan & kadang kala merisaukan... Kalau masa hamil, mama faham sangat yang hormon badan kurang seimbang.. Macamana pulak kalau benda ni terjadi pada anak dara?

Mungkin agak peribadi pada anda kan? Tapi kalau ada yang sudi berkongsi petua, MaMa amat hargai dan di ucapkan jutaan terima kasih daun keladi..

22.7.09

ANTARA ANAK DAN CUCU

Selalu orang cakap, antara anak dan cucu.. cucu akan dilebihkan.. betul ker? hehehe...
Tapi memang camtu lah gayanya bila kita perhatikan Mak & Abah kita, kalau dengan CUCU.. TokWan yg GARANG pada zaman muda dulu tiba-tiba jadi LEMBUT.. kan? kan? kan?
Kenapa ek?

Ingat lagi tak pada HADZRIQ? tak ingat ek?
KLIK SINI kalau u all dah hilang ingatan itu :P

..

..

..

..


Dah ingat? Bagus laaaa... U all mmg HEBAT!!


HADZRIQ ni ialah CUCU kami.. Cucu sedara sebelah DJ Rosli..
Hadzriq TUA 11 hari je dari Achu fizie



Achu Fizie lak anak bongsu MaMaQayPo
(macam la korang tak tau... hahaha)



Hadzriq ni kategori HANDSOME.. siap ada lesung pipit bila tersenyum.. mmg CAIR kau!!
Achu Fizie lak kategori CUTE, pencinta wanita lak tu..
ni Serius tau!! Achu Fizie mmg suka Girlzz...


PON!! PON!! PON!!
Ada AWEKZ nak tumpang ker? JOM aaaa......

..

..

Tentang LEBIH-LEBIH kan cucu tu... MaMa belum sampai kategori itu rasanya, mungkin sebab Hadzriq ni cuma Cucu Sedara

MySpace
Tak tau la pulak, bila ada Cucu Sendiri nanti.. hmmmm......

21.7.09

KOPI SUSU DALAM PAIP BESI


Peristiwa berlaku pada pukul 2.00 petang tadi

Peristiwa ini berlaku selama 1 jam setengah


Ada yang sanggup nak mencuci, memasak & mandi?

..

..

..

..

..


MySpace

... SAKIT HATI jer rasa ...

update:
habis air simpanan tangki utama rumah mama TERCEMAR!!!
TENSION giler...

20.7.09

Happy Birthday ABAH

yang ke 64 TAHUN

Birthday Abah: 20.07.1945

Abah mempunyai sekeping HATI EMAS,
Tak pernah TINGGI SUARA walau sedang MARAH
,
Hanya TEGURAN menjadi INGATAN
,
untuk kami jadikan PEDOMAN



ABAH & MAK bersama Cucu2 Tersayang.. erk.. Mana Achu Fizie?
Achu Fizie nangis time nih!! hehe...


Semoga ALLAH S.W.T memberikan KESIHATAN yang baik kepada ABAH, dipanjangkan USIA & di murahkan REZEKI

AMIN!!!

16.7.09

ALONG ZAIMI: KONSERT MENJUNJUNG KASIH 2009

Tarikh/Masa Konsert:
Selasa, 14 Julai 2009 * 8.00 pm ~ 11.30pm

Tetamu Kehormat:
DYMM Tuanku Raja Perlis & DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis
DYTM Raja Muda Perlis & DYTM Raja Puan Muda Perlis
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Menteri Pelajaran Malaysia)
YAB Menteri Besar Perlis


This Photo Credit to AffaCino.. Thanks!!

Lokasi:
Dewan 2020, Kangar, Perlis

Artis Terlibat:
Warga Kementerian Pelajaran Malaysia


**************************************************************************************

Pada 9 ~ 15 Julai 2009, Along Zaimi dan beberapa pelajar dari seluruh Malaysia telah terpilih untuk menyertai Kem Muzik Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia.

This Photo Credit to Brasmana Ghost.. Thanks!!

Mereka telah di tempatkan di Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis utk sesi taklimat, pemilihan lagu & latihan untuk Konsert.

p/s: MaMa sempat membawa Along pulang seketika ke Kampung pada 11 Julai lalu utk menziarah arwah my Father In Law..

15.7.09

DAH BLANK

Salam Semua..

MAAF kerana lama tak UPDATE & menjengah BLOG u all..

Tanggal 11 Julai 2009.. mmg SHOCKED!!

My Father In Law meninggalkan kami secara tiba-tiba.. tak ada sakit, tak ada demam.. hanya dikhabarkan sesak nafas secara tiba-tiba..

My Followers tentu tahu yg DJ ROSLI ke Pantai Timur dan dijangka pulang hanya 20 Julai nanti. Namun kita hanya mampu merancang, ALLAH juga yg menentukan.. DJ Rosli harus bergegas pulang pada 11 Julai 2009 yg lalu dari Kelantan dengan BAS pada jam 9 pagi dan sampai ke Kedah hanya pada jam 5 petang..

Memang SAYU bila di kenangkan kembali, DJ Rosli tak sempat menatap wajah Ayahanda nya kerana dikebumikan pagi itu juga pada jam 11 pagi.. SPEECHLESS...

Namun ini semua KETENTUAN dari YANG ESA.. Kami REDHA..

p/s: still NOT IN MOOD utk update BLOG..

11.7.09

INNALILLAH


Salam semua... Saat Entry ini di tulis, DJ Rosli & MaMaQayPo baru sahaja kehilangan Ayahanda tersayang iaitu Ayah kepada DJ Rosli.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas ROH Ayahanda Haji Harun b. Saud dan semoga ROH beliau di tempatkan bersama insan yang SOLEH!!

AMIN!!


11 JUNE 2009
SABTU, 4.30 pagi


10.7.09

KENALI ANAK DARI ZODIAK

Aquarius (20 Januari-18 Februari)

Bersiap sedialah untuk terpesona dengan si kecil Aquarius. Mereka spontan namun sensitif. Suka bermimpi dan akan berusaha menjadikannya kenyataan. Mudah didampingi dan agak popular. Mereka juga merupakan teman yang baik dan ringan tulang.

Dunia Aquarius penuh dengan peraturan. Semua perkara harus mengikut jadual @ rutin yang dah diatur olehnya. Mudah hilang fokus, kerana terlalu banyak idea yang ingin di kongsi bersama semua orang. Pendek kata, Aquarius merupakan anak yang luar biasa dengan segudang kebijaksanaan.

***************************************************************

Pisces (19 Februari-20 Mac)

Dunia Pisces adalah dunia yang penuh imaginasi. Penting memberikan anak Pisces ruangan untuk melempiaskan semua imaginasi yang ada. Muzik, puisi, lukisan atau yang lainnya yang boleh dijadikan alat berekspresi.

Si kecil juga memiliki bakat-bakat terpendam yang boleh mengejutkan Anda. Memiliki gerak hati yang kuat. Tidak akan melakukan hal-hal ekstrem untuk menarik perhatian. Sebaliknya menebarkan ketenangan dan kedamaian. Tertarik pada seni dan kreativiti yang memerlukan sokongan dan dorongan dari anda orang tuanya.

***************************************************************

Aries (21 Mac-19 April)

Sekali melakukan sesuatu, dia akan selalu mengingatinya seumur hidup. Ini membuatkan si kecil Aries mampu melakukan banyak perkara lebih cepat dari bayi-bayi lain sebayanya. Keinginan yang kuat untuk melakukan segalanya akan membuatkannya menjadi seorang yang berjaya dalam segala hal.

Si kecil Aries juga memiliki mimpi yang besar dan akan berusaha utntuk memilikinya. Inilah Aries! Memerlukan dorongan dan sentiasa ingin merasa disayangi. Memiliki hati yang lembut di balik penampilannya yang keras. Mudah bergaul dan kreatif namun mudah goyah.

***************************************************************

Taurus (20 April-20 Mei)

Anak Taurus sentiasa menginginkan cinta dan akan mencurahkannya kepada orang yang disayangi. Dilahirkan bukan untuk menjadi pemberontak atau pun pembawa masalah sebaliknya menjadi seorang yang amat berkompromi dan berkemampuan dalam segala bidang termasuk pelajaran di sekolah.

Si kecil juga cenderung menjadi seorang yang keras kepala. Jadi hindari dari memaksanya untuk melakukan sesuatu yang tidak disukainya. Jangan terlalu tegas. Gunakanlah cara-cara yang halus supaya apa jua yang Anda katakan akan dituruti & dipatuhi. Si Kecil Taurus akan menjadi anak manis bagi kedua orangtuanya.

***************************************************************

Gemini (21 Mei-21 Jun)

Anak Gemini penuh dengan sifat ingin tahu yang kuat. Tidak akan boleh duduk diam walau pun dalam tempoh lima minit. Mereka memang tidak boleh berdiam diri.

Kesabaran bukanlah kekuatannya. Suka mencuba perkara baru. Aktif dan pintar. Bijak bergaul dan bijak dalam prestasi. Pintar berkata-kata dan lucu. Anak-anak Gemini kadang-kadang suka mencampuradukkan antara imaginasi dan kenyataan.

***************************************************************

Cancer (22 Jun-22 Julai)

Si kecil Cancer memiliki jiwa humor dan luas imaginasinya. Mampu membuat orang tertawa dan terhibur. Suka mengamati, memiliki sifat baik hati dan suka menolong orang lain. Kebaikan hatinya akan ditunjukkan kepada semua orang termasuk haiwan. Sifat pemalu membuatkan mereka sukar untuk mengungkapkan perasan. Mereka inginkan perhatian dan kasih sayang namun tak pernah mengungkapkannya.

Kedua orangtuanya harus mengetahui sendiri bila masanya anak Cancer memerlukan pelukan atau ciuman. Tetapi harus berhati-hati, jangan berlebihan sehingga membuatkan mereka menjadi terlalu manja.

***************************************************************

Leo (23 Julai-22 Ogos)

Anak yang lahir di bawah zodiak Leo hidupnya senantiasa dipenuhi dengan kasih sayang. Memerlukan pujian untuk membuatnya semakin bersemangat melakukan sesuatu. Sedikit ketegasan juga akan membuatnya patuh pada aturan.

Mempunyai jiwa pemimpin sejak lahiriah. Karakter ini perlu dikembangkan dengan memberi dorongan dan semangat. Kepimpinannya bertepatan dengan kombinasi karakter yang telah mereka miliki aitu: semangat, kebanggaan dan keberanian. Anak Leo bijak menyembunyikan perasaan sedihnya dari orang lain. Pesona Leo mampu membuatkan orang memujanya.

***************************************************************

Virgo (23 Ogos-22 September)

Pendiam, rendah hati dan kelembutan tercermin dari si kecil Virgo. Perhatian dan kasih sayang orang lain sangat diperlukan walaupun mereka tidak pernah memintanya secara langsung.

Selalu dapat melakukan sesuatu dengan sempurna kerana selalu fokus dan tetap pendirian. Sukakan alam sekitar. Sensitif terhadap kritikan. Sikap positif amat diperlukan untuk meyakinkannya. Ramah, setia dan sifatnya baik. Kematangan sentiasa terpancar di balik usianya yang masih belia.

***************************************************************

Libra (23 September-22 Oktober)

Si kecil Libra selalunya lucu. Pendiam dan jarang bersedih kecuali terganggu. Mengambil berat tentang orang lain, dapat dipercayai, lembut, setia, penuh cinta, cemerlang, menarik, suka seni dan kecantikan.

Sifatnya negatifnya adalah jiwa yang tidak menentu. Jiwanya berubah-ubah bagaikan ombak di pantai. Sikapnya cepat berubah jika hatinya tidak senang. Libra juga susah membuat keputusan jika di bawah tekanan.

***************************************************************

Scorpio (23 Oktober-21 November)

Secara fizik si kecil Scorpio lebih kuat dan lebih cepat berkembang dari anak-anak lain. Teguh pendiriannya dan selalu bertujuan untuk menang dalam setiap hal. Memiliki daya tarikan yang kuat, yang membuatkan orang ingin selalu ada di dekatnya.

Scorpio akan membesar dengan keperibadian yang dinamik, aktif, kuat semangat dan jujur.

***************************************************************

Sagitarius (22 November-21 Desember)

Ceria, ramah dan nakal adalah deskripsi bagi si kecil Sagitarius. Sangat lucu dan tidak malu-malu menonjolkan kebodohannya (lawak bodoh) untuk menceriakan suasana. Mudah di dekati kerana kelucuannya.

Ingin selalu ditemani termasuk untuk tidur. Jangan terkejut, si kecil Sagitarius boleh mengesan pembohongan. Memiliki sensitiviti yang amat tinggi. Sekali dibohongi, anda akan kehilangan kepercayaannya. Si kecil Sagitarius juga mampu mengimbangi antara berdikari & bergantung harap pada orang lain.

***************************************************************

Capricorn (22 Disember-19 Januari)

Kekuatan dan aura positif selalu terpancar dari si kecil Capricorn. Bahkan sejak usia bayi ia mampu menunjukkan kedewasaan dan pengertian yang akan mengejutkan Anda. Dia juga mungkin akan memandang Anda dengan aneh seolah-olah ada yang salah ketika anda berbicara dengannya. Capricorn juga mudah merasa jemu.

Sangat tertarik pada seni terutama muzik. Lebih tertarik pada permainan kuno daripada permainan moden. Karakter yang menonjol dari Capricorn ini adalah sabar, penyinta, mudah bergaul, rendah hati dan sopan.


sumber rujukan : GOOGLE

MySpace

HMMM... ADA KOMEN!!!?????

** MaMa suka-suka jer baca HOROSKOP ni, tapi tah ler.. macam ada kebetulan @ persamaan jer **

9.7.09

CANTIK TAKKKKK?????

Final Touch

Zoommmmm....

zOOM


CANTIK TAK??? JAWAB LAH CANTIK...
(kasi "kembang" kaki seluar ku ini.. hehehe)

Bukan MaMa yang CANTIK tetapi LAKARAN tu yang CANTIK... betoi tak?

ini adalah hasil tangan IVY METAGA

MySpace

Memang TERHARU sangat bila TERPERASAN yang IVY buat Entry Istimewa ni semalam kat BLOG dia.. CANTIK sangat-sangat.. rasa amat bertuah kerana TERPILIH oleh si comel IVY!!

TEN Q MANYAK2 YER!!!

MySpace

~ I LOVE U MORE ~
(ciplak ayat Micheal Jackson)

7.7.09

LAMBAT LAGI! BE POSITIVE!!

Salam Semua...


Pagi tadi DJ Rosli call.. Tetiba jer tau.. selalu SMS je.. MaMa dah rasa PELIK dah ni.. ada apa2 ker ni.. Jgn ada yg boleh membuatkan JANTUNG ku LURUH dah ler...



"Anak2 sihat ker?" tanya DJ Rosli..

"Semuanya OK.. Demam sikit2 tu biasa lah"
MaMa jawab..


"Errr... nak habaq mai ni.. err...."
Dj Rosli mulakan ayat Saspen..


MaMaQayPo dah rasa tak SYIOK dah ni.. terus tanya "Ada cerita apa ni?"..


DJ Rosli jawab "Abang tak jadi balik 14hb nanti, kena sambung ke Terengganu pulak sampai 19hb @ 20hb nanti"


MaMa DIAM seketika, pikir nak jawab apa..


"OK ka?" Tanya DJ Rosli lagi..

"hmm.. OK lah... Dah REZEKI anak2 gak buat kerja tu kan? Nak kata apa lagi.. Buat keja elok2 dah lah"
jawab MaMaQayPo akhirnya...




Itu jer lah ISI PENTING nya pun... LAMBAT LAGI nampaknya DJ Rosli nak balik Kedah ni.. kena lah MaMa pastikan kesihatan MaMa stabil utk anak2.. kena STRONG, kena SABAR ngan kerenah HEROES kat umah ni.. Kena POSITIF jer laaa...

MySpace

6.7.09

AKSI UNTUK DUA HARI

Ambik kau!!

2 hari punya citer MaMa HIDANGkan utk tatapan korang... Nasiblah kalau dah 'BASI'.. Sila jangan lari, nanti ku KEJAR!!! hehehe!!! GANAS siutt...

MySpace


Peristiwa 1 : KHAMIS => 2 June : 10.00 ~ 11.30 pagi
Lokasi : Home Sweet Home

Ketika MaMa sedang mengemas bilik tiba2 terpandang Achu Fizie sdg cuba melakukan AKSI di luar kebiasaan.. Harus ku SNAP!!

1...

"mmm... MaMa buka BLOG sapa ni.. ? " si Achu Fizie ngomel..

2...

"Nak jengok kejap lah.. MaMa bukan pasyan pun" bisik hati si Achu Fizie

3...

"PANJAT!!!!"

Pastu faham2 jer lah, kena TARZAN ngan MaMa nye lah yer.. kalau JATUH, siapa susah? MaMa dia juga yg SUSAH.. Dah lah si ABAH jauh di MATA
(naper lah lambat benor nak sampai 14hb ni..?)

..

..

Pastu MaMa sambung buat kerja, Achu Fizie main kereta mainan kesayangannya.. Tetiba suasana SEPI sesepi SEPINYA...

..

..

..


UIK!!! Dah ZZzzzZZzzZZZZzzzzZZZZ rupanya dia... TINGGI lak tu.. Kalau TERGOLEK ke bawah? Bengkak Benjol, mau terus MaMa kena soal siasat ngan DJ Rosli...


"Cedih... huk! huk! MaMa marah Achu tadi... baik Achu TidorzzzZZzZZZzzZZ" ngigau seketika

MySpace



******************************************************************



Peristiwa 2 : JUMAAT => 3 June : 10.00 pagi ~6.30 petang
Lokasi : Rumahku & Star Parade (PACIFIC) Alor Star

Boring betul dok umah tanpa DJ Rosli di sisi (chewah!!). SePAGIan hingga hampir petang, anak2 MaMa CONQUER PC utk GAME.. Harus ku biarkan sbb banyak LAUNDRY yg harus diselesaikan... Kira Along & Angah la tolong jadi NANNY kejap jaga Achik & Achu, upahnya hanyalah makanan tengahari yg SEMPOI!! (kes penat membasuh lah ni...)

"Panjat Memanjat Serah Padaku" ~ Tiru ayat NeeZaReef :P

Petangnya selepas menelefon hubby utk IZIN, terus ku bawa anak2 keluar BERCANDA di luar, sambil2 Mini Shopping!! Kitorang DINNER kat Food Court Star Parade, tak SNAP Pic makanan sbb TAK SEDAP pun... asal kenyang jer...

Pastu bawa anak2 LEPAK kat Tempat Permainan bersebelahan Food Court..

Time ni Along & Angah dah KABUR seketika dari pandangan, pegi main game tembak2 katanya...

AKSI RACER yg Greddy!! DRIFT beb... hahahaha!!!

Kawal 2 stereng dlm 1 masa... JANGAN TIRU AKSI INI!!!



LAYAN lah kalau SUDI yer!!! DRIFT MARA BAHAYA nih... :D

Pas abis DRIFT, kami gi lepak "Australia" bertemu Koala Bear!!!

Achik & Achu yg MANJA BotakZzZz!!!

MaMaQayPo pun nak EnterFrame ke? heheheh

MySpace

My BeautyFull Followers