Nak Sewa PA System utk MAJLIS?

Harga mengikut lokasi (siang sahaja):

* Kubang Pasu, Kota Setar & Pendang : RM400.00
* Perlis, Changlun & Pedu : RM500.00
* Sungai Petani, Kulim & Sik : RM600.00
* Baling & Seberang Prai : RM700.00


NOTA: Sila buat TEMPAHAN sebulan dari tarikh MAJLIS yang bakal berlangsung...



Perkhidmatan lain yang kami sediakan..

* Pengacara Majlis - DJROSLI
* Set Karaoke
* Penghibur - EZAD LAZIM & ALONG ZAIMI
* Typesetting: Kad Kahwin, Name Card & Banner

Berminat? Sila berhubung dengan kami..

Zimile Enterprise : 0125652774 / 0125863762

25.12.09

DAH HAMPIR BUKA SEKOLAH

Salam...

Hari ni dah 25 Disember 2009... bermakna tak berapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun 2010... Kejap sahaja masa berlalu.. memang tak terasa... LAJU jer.........

Tahun 2010:

>> Along Zaimi ke Tingkatan Dua (alamak... aku dah TUA)
>> Angah Chaq ke Darjah Lima
>> Achik Zamir ke Darjah Satu (huhu.. yang ni paling BEST!!)
>> Achu Fizie bakal ke usia DUA (2) Tahun

Kelengkapan Sekolah DAH SIAP BELI pada awal bulan Disember...

Sekarang ni dalam proses membalut buku teks, Shoot Gambar Anak2 utk kegunaan sekolah, Fotostat Sijil Lahir, Jumpa pihak berwajib utk tandatangan borang pengesahan & sebagainya...


** Image from Google **

Harap2 TAK ADA yang KETINGGALAN.... huhuhu

16.12.09

HAPPY BIRTHDAY !!!


Image from Om GooGle....

hehehe...
MaMaQayPo D.O.B: 16 Disember 1972

ALHAMDULILLAH!! Dengan IZIN ALLAH, MaMa masih mampu merasai Usia Baru..
Harapan Mama semoga terus BERKEKALAN BAHAGIA bersama FAMILY tersayang dan HDUP kami terus DIRAHMATI oleh yg MAHA ESA!! InsyaAllah..............

p/s: Target NAK SLIMKAN PERUT jer ni... heehehehehe

9.12.09

PERISTIWA NOVEMBER 2009




***********************************************************************

Penduduk bengang 10 hari tak ada air


Oleh SHAH NIZAM OMAR 





RAMLI (kiri sekali) bersama penduduk melahirkan rasa tidak puas hati setelah bekalan air ke rumah mereka terputus di Taman Sri Marina, Kuala Kedah semalam.




KUALA KEDAH - Kira-kira 1,000 penduduk Taman Sri Marina Fasa Satu dan Dua di sini, berang apabila bekalan air bersih di kediaman mereka terputus sejak 10 hari lalu.
Apa yang mengecewakan, tiada sebarang notis peringatan diberi kepada mereka oleh Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) sehingga pelbagai urusan seharian penduduk mengalami masalah.
Malah lebih memeritkan, sambutan Aidiladha lalu amat suram kerana pelbagai persiapan tidak dapat dilakukan ekoran masalah itu.
Seorang penduduk, Zahir Mat, 47, berkata, beliau sekeluarga terpaksa membeli makanan bungkus pada pagi Hari Raya Aidiladha kerana tidak dapat memasak.
"Kalau ada notis, kami boleh sediakan tong besar tetapi sudah 10 hari kami menunggu, keadaan masih tidak berubah termasuk pada Hari Raya Aidiladha lalu dan sehingga ke hari ini," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.
Zahir menambah, meskipun JBA menghantar air menggunakan lori kepada penduduk, namun ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka.
"Lebih teruk, bekalan itu dihantar pada waktu yang tidak sesuai iaitu pukul 1 pagi.
"Bukan penduduk tidak berterima kasih kerana hantar air tetapi ia tidak mencukupi bagi menampung keperluan seharian kami," katanya.


***********************************************************************


SALINAN DARI SINI

berlaku pada 20 ~ 30 November 2009



7.12.09

HAPPY BIRTHDAY ACHIK ZAMIR



image from GOOGLE




yang ke 6 TAHUN
Semoga membesar sebagai anak yang BERILMU & DI SAYANGI MASYARAKAT
INSYAALLAH.....






Birthday: 7 Disember 2003


Abah & Mama will alwayz LOVE U
4ever & ever




MySpace

17.11.09

Along Zaimi : 13 & 14 November 2009





** bersama HAIRI ANAK WAYANG **

Semasa RAPTAI di
MALAM GALA KESENIAN KEBUDAYAAN POLIMAS

13/11/2009
#######################################################

PROGRAM MERAKYATKAN SENI "MENGEMPING"
14/11/2009



21.10.09

HARI INI DALAM SEJARAH

Siapa lak minah ni ek?
 Fesyen ZAMAN bila ni?  PIC lama kau!!
..
..
Sebenarnya HARI INI ialah hari ULANGTAHUN Nikah MaMaQayPo & DJ Rosli
TAHNIAH!!! TAHNIAH!!! TAHNIAH!!
(sendiri UCAP lak.. hahahahah)

 ** bibir TEBAL berwarna PINK... huhu**

Kami BERTUNANG : 8 Julai 1993


 
** kurusnya kami berdua time tu... huhu**

Kami BERNIKAH : 21 Oktober 1993



 
  ** banjir ke? hehehehe**

 
 ** MaMa lagi Tinggi tau... hehehe**

 
 ** bedak 5 kilo ek? hihik**

 
** yang kat sebelah mama tu lah Mak Andam**

Kami BERSANDING : 23 November 1993

****************************************

Itulah antara TARIKH PENTING dalam HIDUP kami

Sepanjang PERNIKAHAN kami, dah macam-macam pahit getir yang di tempuhi..

dari zaman remaja NERD yang asyik gaduh-gaduh..panas-panas.. sejuk-sejuk

pastu: Bertunang ~ Bernikah ~ Bersanding

Sehinggalah LAHIR CahayaMata pengikat kasih kami:

Mohamad Rozaimi Rosli
Lahir: 11 April 1996


Muhamad Raimizi Rosli
Lahir: 28 Januari 1999


Muhammad Rizamir Rosli
Lahir: 7 Disember 2003


Muhammad Rafizi Rosli
Lahir: 24 Mei 2008



 4 Little RASCAL yang paling MENAWAN

MySpace

Sesungguhnya PERMATA HATI yang ALLAH amanahkan pada kami ini telah mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan & kasih sayang

MaMa mengharapkan supaya ikatan PERNIKAHAN ini kekal hingga ke akhir hayat kami..
InsyaAllah... AMIN!!

20.10.09

SO SO SORRY..

Salam... 



Kalau korang perasan, ada Entry dari Blog MaMaQaypo yang bertajuk HARI INI DALAM SEJARAH.... Entry tu Scheduled Publish.. sepatutnya OUT esok pagi... jadi tah kenapa TAJUK nye dah terpublish di Blog U All walhal MaMa SET utk esok...

SORRY yer kawan-kawan!!

15.10.09

ALHAMDULILLAH... REZEKI

Berkat berBLOGGING & BerTENET nih..
Rezeki ZIMILE ENTERPRISE makin Murah..


** PIC DJ kredit to GOOGLE **

Kiranya sejak berjinak2 di ALAM CYBER ni.. ramai yang dah CALL bertanyakan perkhidmatan
PA SYSTEM yang di kendalikan oleh DJ ROSLI..



Yang call untuk booking ALONG ZAIMI & EZAD juga ada..
ALHAMDULILLAH sekali lagi... Syukran... REZEKI masih ada untuk famili kami...

Kalau ada lagi yang BERMINAT dengan PERKHIDMATAN Zimile Enterprise, Sudi2lah calling KAMI di talian seperti yang tertera di PAGE atas yer...


MySpace

"WE LIGHT UP YOUR EVENTS"

8.10.09

MY NEW MAID!!



Siapa nak cari MAID baru?





..
..


Kat SINI ada sorang yang sungguh BERKELAYAKAN:
..
..














MEMUDAHKAN kerja seharian anda... (walaupun...)
..
..
..
..
UPAH nya?
..
..





Hanyalah SEBOTOL SUSU


..
..
..


Nak BOOKING?





Calling-calling MaMaQayPo yer!!!


hehehehehehe


MySpace


BERBALOI-BALOI

6.10.09

KESIAN BLOG KU..




BEGINILAH RUPA GAMAKNYA BLOG MAMA SEKARANG YE!!
KESIAN...........

28.9.09

SYAWAL 1430H: AKTIVITI (2)

RAYA KE 3 : 22/09/2009
ABAH MAK & ADIK2 BERTANDANG KE RUMAH


**pic DARI gOOgLE

MaMaQayPo tapau LAKSAM dari pekan Kuala Kedah jer utk santapan Famili ku
 Memang MENGANCAM tau... SEDAP!!

**************************************************

RAYA KE 4 : 23/09/2009
LAYAN TETAMU BERTANDANG


PAGI: peminat Along Zaimi dari SIK


PETANG: peminat Along Zaimi dari Alor Star & Penang

**************************************************

RAYA KE 5: 24/09/2009


DJ ROSLI ada Kenduri di FLAT MERGONG
maka, kami tak ke mana-mana

 **************************************************

RAYA KE 6: 25/09/2009


 
 
PAGI: Kucing SESAT "KIKI" bertandang Raya...


PETANG: On D Way ke.........


Mana ek?


 Kami ke Pusat Bowling di Star Parade Pacific
Layan HERO-HERO main Bowling.. 1st Time utk anak2 MaMaQayPo tau...
yg PASTI dorang ENJOY!!!! Lebih2 lagi time STRIKE...


 Majoriti MELAYU jer aritu yg main Bowling


Memang SESAK.. Lane QUE tau aritu...


MALAM:  Rumah Terbuka adik perempuan MaMaQayPo

Aktiviti Raya Hari ke 3 & 5 tak sempat nak SNAP gambar.. agak KERUGIAN juga rasa sbb peristiwa Syawal ni bukan selalu akan berulang.. masing2 Sibok ngan kerja.. time Raya camni lah baru leh berkumpul & bermesra di samping mengeratkan ikatan kekeluargaan kan?

My BeautyFull Followers