Nak Sewa PA System utk MAJLIS?

Harga mengikut lokasi (siang sahaja):

* Kubang Pasu, Kota Setar & Pendang : RM400.00
* Perlis, Changlun & Pedu : RM500.00
* Sungai Petani, Kulim & Sik : RM600.00
* Baling & Seberang Prai : RM700.00


NOTA: Sila buat TEMPAHAN sebulan dari tarikh MAJLIS yang bakal berlangsung...



Perkhidmatan lain yang kami sediakan..

* Pengacara Majlis - DJROSLI
* Set Karaoke
* Penghibur - EZAD LAZIM & ALONG ZAIMI
* Typesetting: Kad Kahwin, Name Card & Banner

Berminat? Sila berhubung dengan kami..

Zimile Enterprise : 0125652774 / 0125863762

9.12.09

PERISTIWA NOVEMBER 2009




***********************************************************************

Penduduk bengang 10 hari tak ada air


Oleh SHAH NIZAM OMAR 





RAMLI (kiri sekali) bersama penduduk melahirkan rasa tidak puas hati setelah bekalan air ke rumah mereka terputus di Taman Sri Marina, Kuala Kedah semalam.




KUALA KEDAH - Kira-kira 1,000 penduduk Taman Sri Marina Fasa Satu dan Dua di sini, berang apabila bekalan air bersih di kediaman mereka terputus sejak 10 hari lalu.
Apa yang mengecewakan, tiada sebarang notis peringatan diberi kepada mereka oleh Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK) sehingga pelbagai urusan seharian penduduk mengalami masalah.
Malah lebih memeritkan, sambutan Aidiladha lalu amat suram kerana pelbagai persiapan tidak dapat dilakukan ekoran masalah itu.
Seorang penduduk, Zahir Mat, 47, berkata, beliau sekeluarga terpaksa membeli makanan bungkus pada pagi Hari Raya Aidiladha kerana tidak dapat memasak.
"Kalau ada notis, kami boleh sediakan tong besar tetapi sudah 10 hari kami menunggu, keadaan masih tidak berubah termasuk pada Hari Raya Aidiladha lalu dan sehingga ke hari ini," katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.
Zahir menambah, meskipun JBA menghantar air menggunakan lori kepada penduduk, namun ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan mereka.
"Lebih teruk, bekalan itu dihantar pada waktu yang tidak sesuai iaitu pukul 1 pagi.
"Bukan penduduk tidak berterima kasih kerana hantar air tetapi ia tidak mencukupi bagi menampung keperluan seharian kami," katanya.


***********************************************************************


SALINAN DARI SINI

berlaku pada 20 ~ 30 November 2009



12 ulasan:

SYAbAR berkata...

kesian Mamaqay time tu, dah la ada anak2 kecil. Tp la ni dak OK kot supply air tu...

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Kak Syabar..

skrg dah OK.. Alhamdulillah!!!

Dee berkata...

dee baru 2x xde air pun dh rasa geram..ni kan pulak u oll..10 ari? wui..kejam2..

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Dee:

huhuhu...time tu kan rasa nak meletop jer... asyik kena "berjimat cermat".. kain baju menggunung terus....

Tirana berkata...

Susah juga ye tak ada air especially yang ada anak-anak kecil..Nak basuh kain baju, nak minum..aduhai..

neezareef berkata...

dah ok lom mama..ade air dah ke

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

Kak Tirana:

mmg AZAB jugalah time tu... nak mandi, nak masak, membasuh bla bla bla...

MaMaQaYPo FaMiLy berkata...

neeza:

dah ADA dah... kembali normal...

CuTeMiUt78 berkata...

maakk aaiih.. selama 10 hari.. lama tu.. eemmm so sekarang ni dah ok ke

kuina berkata...

susah kan klu tak dak air...
leh saya bayangkan...

...>> pssst... mlm nie sy ada kat expo niaga kat simpang kuala... jom la.. ada audio show kat sana

10 berkata...

lor... xda air ek... ciannya... skrg camna?

imanshah berkata...

hurm kami raya je kalau takde air, ni tak raya pun tada air,,huhu tensen2

My BeautyFull Followers