Nak Sewa PA System utk MAJLIS?

Harga mengikut lokasi (siang sahaja):

* Kubang Pasu, Kota Setar & Pendang : RM400.00
* Perlis, Changlun & Pedu : RM500.00
* Sungai Petani, Kulim & Sik : RM600.00
* Baling & Seberang Prai : RM700.00


NOTA: Sila buat TEMPAHAN sebulan dari tarikh MAJLIS yang bakal berlangsung...



Perkhidmatan lain yang kami sediakan..

* Pengacara Majlis - DJROSLI
* Set Karaoke
* Penghibur - EZAD LAZIM & ALONG ZAIMI
* Typesetting: Kad Kahwin, Name Card & Banner

Berminat? Sila berhubung dengan kami..

Zimile Enterprise : 0125652774 / 0125863762

Memaparkan catatan dengan label zimile. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label zimile. Papar semua catatan

18.1.10

SELAMAT PENGANTIN BARU

Pada 1 JANUARI 2010 yang lalu, anak saudara kami dari sebelah DJ Rosli;
 telah selamat di Nikahkan dengan sekali lafaz

TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!

Shahrizal & Majidah

Semoga Ikatan SUCI ini berkekalan hingga ke akhir hayat


dan pada 17 JANUARI 2010, pasangan muda ini telah di Raikan dalam majlis perkahwinan yang serba sederhana pada hari yang sama di Permatang Kerengga (Perempuan) & Sematang Kerpan (Lelaki)





Dengan menggunakan kamera kecik MaMaQayPo maka terhasillah foto2 kat atas sebagai HADIAH untuk pasangan mempelai ini... (bila lah nak boleh beli Kamera DSLR nih... hehehehe)


DJ Rosli yang telah bertugas sukarela pada hari itu...


Photographer yg POYO pada hari itu


Sakian..... Terima Kasih pada yang sudi BACA... huhuhu

15.10.09

ALHAMDULILLAH... REZEKI

Berkat berBLOGGING & BerTENET nih..
Rezeki ZIMILE ENTERPRISE makin Murah..


** PIC DJ kredit to GOOGLE **

Kiranya sejak berjinak2 di ALAM CYBER ni.. ramai yang dah CALL bertanyakan perkhidmatan
PA SYSTEM yang di kendalikan oleh DJ ROSLI..



Yang call untuk booking ALONG ZAIMI & EZAD juga ada..
ALHAMDULILLAH sekali lagi... Syukran... REZEKI masih ada untuk famili kami...

Kalau ada lagi yang BERMINAT dengan PERKHIDMATAN Zimile Enterprise, Sudi2lah calling KAMI di talian seperti yang tertera di PAGE atas yer...


MySpace

"WE LIGHT UP YOUR EVENTS"

18.8.09

BANNER BARU

Minggu lepas, DJ Rosli pegi cetak Banner Baru kat sini...

..

..

..

..

Inilah HASIL nya...


CANTIK TAK?
(masih dalam MOOD Perasan)

..

..

..

Mesti la CANTIK, MaMaQayPo DESIGN sendiri..
(nak Muntah ker?)

..

..

kalau tak CANTIK, korang KUTUK dalam hati dah lah yer
(macam la MaMa dengar kan???)

..

..
CETAK jer MaMa kena upah sebab takde MESIN...


MySpace

Ada sesiapa nak Upah MaMa DESIGN tak?

7.7.09

LAMBAT LAGI! BE POSITIVE!!

Salam Semua...


Pagi tadi DJ Rosli call.. Tetiba jer tau.. selalu SMS je.. MaMa dah rasa PELIK dah ni.. ada apa2 ker ni.. Jgn ada yg boleh membuatkan JANTUNG ku LURUH dah ler...



"Anak2 sihat ker?" tanya DJ Rosli..

"Semuanya OK.. Demam sikit2 tu biasa lah"
MaMa jawab..


"Errr... nak habaq mai ni.. err...."
Dj Rosli mulakan ayat Saspen..


MaMaQayPo dah rasa tak SYIOK dah ni.. terus tanya "Ada cerita apa ni?"..


DJ Rosli jawab "Abang tak jadi balik 14hb nanti, kena sambung ke Terengganu pulak sampai 19hb @ 20hb nanti"


MaMa DIAM seketika, pikir nak jawab apa..


"OK ka?" Tanya DJ Rosli lagi..

"hmm.. OK lah... Dah REZEKI anak2 gak buat kerja tu kan? Nak kata apa lagi.. Buat keja elok2 dah lah"
jawab MaMaQayPo akhirnya...




Itu jer lah ISI PENTING nya pun... LAMBAT LAGI nampaknya DJ Rosli nak balik Kedah ni.. kena lah MaMa pastikan kesihatan MaMa stabil utk anak2.. kena STRONG, kena SABAR ngan kerenah HEROES kat umah ni.. Kena POSITIF jer laaa...

MySpace

23.6.09

KEDAI "SESAK"


Ini adalah KEDAI "SESAK" kepunyaan Dj Rosli



Kedai ni terletak di KG SEMATANG KERPAN, Ayer Hitam, Kedah
sekarang ni di manage oleh my Mother In Law



MaMa penah tanya DJ Rosli, "awat pi panggey kedai sesak"
DJ Rosli jawab, "kedai ni utk org yang dah sesak nak guna barang"
Tak pueh ati, MaMa tanya lagi, "Lagu mana tu? Cerita mai sat..."
DJ Rosli terang lagi pada bini dia yg tak faham bahasa, " kot2 tengah malam takdak lilin ka, ubat nyamok abih ka? kedai kat 'simpang' tutop kul 10 mlm, mesti depa sesak mai tala sini"

ooooooooooo... (moncongkan bibir tu yer) macam tu ka cerita nya...



Kedai kampong.. Kecik jaaa... nama pun kedai "sesak" kan?

kalau kami balik Kampong, kedai ni pasti bankrupt seketika dek anak2 MaMa yg gemar berulang alik "mengangkut" makanan segera di kedai ni...

Cian My Mother In Law, mesti dlm hati dia merungut "habislah barang aku".. :P



Banyak2 benda kat kedai ni, yg ni "FAVOURITE" MaMaQayPo.. Jeruk Kedondong...
Memang BEST!! Tak Leh Tahan........!!!

MySpace

10.6.09

KAMI ANAK SENI

~ SALAM SEMUA ~

Sekarang MaMa nak cerita lagi tentang persamaan kami 4 beradik. So, kalau rajin.. u all baca jer cerita yg tak serupa cerita kat bawah ni... Kalau tak faham, buat2 faham jer lah yer!!!

MaMa & adik2 di dedahkan dengan SENI MUZIK sejak usia baby, my Abah merupakan Artis Budaya Kedah (pemain akordion).. So, since kecik mmg kami selalu ikut Abah utk show @ festival kesenian di dalam negeri & juga luar negeri Kedah.. Bila meningkat usia kanak2 ke remaja, MaMa & adik2 di beri peluang untuk menonjolkan BAKAT yg ada dlm diri masing2..

MaMa & Ezad (Exists) lebih cenderung ke arah Nyanyian.
Emah
& Ejai pulak lebih cenderung ke arah seni Drama & Tarian



My Mak merupakan tulang belakang perjalanan SENI kami sekeluarga, walaupun Mak bukan dari golongan SENI, tapi MAK amat memahami jiwa kami & Mak telah banyak menahan telinga mendengar cakap2 sumbang orang ramai tentang pembabitan kami dlm bidang seni ini. Ternyata Mak tidak melatah dengan cakap2 orang, itu yg amat kami hargai.. Trima kasih Mak!!


dari kanan: My Abah, Dj Rosli & JA

Jodoh kami juga mungkin dah diTAKDIRkan dengan Insan berJIWA seperti kami.. MaMa bertemu jodoh dengan DJ Rosli (penyanyi & pemuzik sambilan) & Emah pula bertemu jodoh dengan JA iaitu Pemuzik dari Orkestra Kedah Darul Aman ketika itu.

Hingga kini, famili kami masih bergiat AKTIF dlm, bidang SENI ini..


My Abah & DJ Rosli lebih cenderung menjadi DeeJay Majlis & masih bermain Muzik secara sambilan.


MaMa menguruskan aktiviti seni Along Zaimi & anak2 lain kat umah laaa...kadang2 jadi DJ bidan terjun.. hihik


Emah sudah berkhidmat di Taman Budaya Kedah sejak 1995 sbg Artis Budaya.
Suami Emah, JA masih bermain Muzik sepenuh masa.


Ezad Lazim pernah menganggotai Exists ketika berusia 16 tahun (1995) dan kini dalam proses mengeluarkan Album Solo.


Ejai semasa hari Graduasi (UiTM Shah Alam)

Ejai semasa menjadi teraju utama Teater Rakyat Mek Mulong

Ejai baru graduate & kini mengikut jejak langkah Emah di Taman Budaya Kedah.


Yang ni lak cerita BONUS, bukan my Siblings yaa... hehehehe...

Tentang Along Zaimi pula. MaMa & DJ Rosli tidak pernah memaksa dia utk menjadi seperti apa yg anda lihat sekarang.. Tapi sejak usia baby, Along Zaimi telah menunjukkan BAKAT yg sangat MENAKJUBKAN famili, jiran2 & kenalan rapat kami. Dia memang boleh menyanyi secara semulajadi tanpa tunjuk ajar dari kami. Siapalah kami untuk menidakkan Anugerah dari Allah kepada Along Zaimi.

Kenangan: Poster Konsert Palestin yg disertai Ezad Lazim & Along Zaimi

(BAKAT seperti Along masih belum kami nampak pada Angah, Achik & Achu @ mungkin juga adik2 nya kurang berbakat.. jadi kami tak akan memaksa adik2 Along utk menjadi seperti Along kerana SENI tanpa BAKAT tak ada NILAInya.. tapi tak tau lah pula kalau bakat tu timbul bila dewasa nanti.. Itu biar MASA yg menentukan).

Kami membawa Along Zaimi menyertai ujibakat Studio Bintang Kecil TV9 (2007) hanya utk suka-suka dan bukan utk bermegah-megah. Juga sekadar ingin mendengar pendapat Insan Seni yang lebih bertauliah (Jay Jay & Allahyarham Loloq) terhadap bakat anak kami. Tapi ternyata, MEREKA juga kagum. Kami bersyukur kerana sekurang-kurang nya kami tidak SYOK SENDIRI tentang BAKAT anak kami. Jadi di sini lah TUGAS kami untuk menyalurkan BAKAT tersebut ke arah yang POSITIF!! InsyaAllah!!

Pengenalan

Meskipun ada juga suara2 negatif yg kedengaran ttg apa yang kami kecapi & harungi sekarang, namun kami tidak berkecil hati kerana kami tak mungkin akan dapat memuaskan hati semua orang!!


MySpace

** Kami juga manusia biasa yg tidak lepas dari salah & silap seperti anda semua **

25.5.09

BARANG DJ ROSLI... ANGAH CHAQ WATCHA!!!

Ini BARANG baru DJ ROSLI.. Portable DVD
Mula2 plan nak beli LAPPY, tapi disebabkan DJ ROSLI Rabun IT,
so tukar ke BARANG ni..
Boleh Connect USB & Memory Card.. Ada TV & Radio juga..
Dia dah START guna BARANG ni utk EVENTS pada Jumaat lalu..
EXCITED
giler DJ ROSLI.. asyik ngeTEST jer.. kelakar lak nengoknyer!!

MySpace

Angah Chaq (Raimizi) & Iskandar

Angah Chaq baru je ambik TEST pada Sabtu lalu (23.5.2009)
utk RED BELT ~ Tae Kwan Do
Angah Chaq ni kalau nyanyi KURENG la sikit..
Dia Lebih cenderung pada SUKAN & KoKORIKULUM

MySpace
WATCHA!!!!!!

6.5.09

Siapa Dia Pemilik ZiMiLe

WAHHHHHHH!!!
Tetiba lak jari gatal nak buat Entry ttg diri kami sendiri.. (sekali sekala tak pe kan??!!)
Ramai yg tanya siapa pemilik Zimile Kedah
terutamanya MaMaQayPo yg VOUGE (perasan sudah) ni..
& DJ RosLi yg COMEL... (hihik)

Nama Asal:
Rozita Mohd Lazim

Birth Date:
16.12.1972
(dah GANYUT pun.. wahahaha)

Sekolah Lama:
SRJK (C) Sin Min (1979 - 1984)
SM Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah (1985 - 1988)
SM Vokasional Kangar
(1989 - 1990)

Asal / Tempat Lahir:
Kampung Telok, Alor Star


Nama Asal:
Rosli Haron

Birth Date:
01.01.1972

Sekolah Lama:
SK Ayer Hitam (1979 - 1984)
SM Ayer Hitam (1985 - 1989)

Asal / Tempat Lahir:
Kerpan, Ayer Hitam, Kedah

MySpace
Itulah jer kot.. nak tau lebih2 kena lah tunggu Our Anniversary nanti!! (lambat lagi)

2.5.09

DJ Rosli In Action

Lokasi Majlis: Kampung Berjaya, Alor Star

~Pengantin Baru

~Meja Tetamu~

~DJ Rosli & Achik Zamir~

Dengan Ucapan dari ZIMILE ENTERPRISE :

SEMOGA IKATAN MURNI KEKAL HINGA KE HUJUNG NYAWA
MySpace
"Terima Kasih Daun Keladi, Ada Kenduri Panggillah Lagi"

23.4.09

Typesetting - Zimile

Mungkin ramai yg tak tahu, kebenda yg mama tulis perkhidmatan TypeSetting
dlm senarai khidmat Zimile Enterprise..

Ringkasnya, TypeSetting tu cam design la juga.. cuma dlm kategori COPYCAT jer..
MaMa leh tlg reDESIGNkan Kad Kahwin, Name Card, Banner,
LetterHead dan bla bla bla yg sewaktu dengannya..

Dulu time anak sorang dua, boleh la buat DESIGN tapi skrg tak sempat daa...
banyak lagi benda nak diPIKIRkan (ngalahkan PM Malaysia)..

(CONTOH kat bawah ni => MY OWN BANNER : 2 x 5 kaki)

(yg ni MaMa DESIGN sendiri yer.. bukan COPY CAT)

Lepas MaMa TypeSetting, Mama akan antar pada pihak ketiga yg ada mesin Cetak utk menyelesaikan kerja yg selebihnya...

Kalau berminat nak tempah Kad Nama, Kad Undangan, Banner & bla bla bla tu..
BUZZ!! MaMa di Yahoo Messenger yer...

** HARGA tertakluk pada CAJ pihak Ketiga & dlm area KEDAH saja **

14.4.09

Zimile Enterprise



Hu.. hu.. Siang tadi tak online sbb ini la...
dah SAH sampai 15 April 2010 ( 1 tahun jer...)

My BeautyFull Followers